Tuesday, 31 January 2012

TipS #01 Uruskan Stress Korang



Well, Sebab Sekarang Merah Taw Kat Luar Sana Ramai Yang Stress, Dari Hal Kerja/Blaja, Family Sampaila Perkara Urusan Cinta KOrang Kan??

Hehehehe Ni Merah Paham . So Merah Nak Kongsila Sikit Tips. Tips Ni Pom Merah Dapatkan Dari Blogger En Bubu.

So Credits To Enchik Bubu [ Tepuk Tangan Ala2 Kat Dewan masa M.Haluan Siswa kt U ]

Stress berpunca dari sifat semula jadi yang tidak stabil, contohnya.. bersangka buruk, terlalu mendesak, tidak mahu menerima teguran dan sebagainya. Untuk menghindarkan dari perkara tersebut, kita perlu menangani stress dengan bijak. FYI, stress akan menjadikan diri kita tertekan, jiwa tak tenteram dan tindakan yang kita lakukan tidak rasional. Pada masa yg sama akan timbul perasaan marah, dendam, geram, lemah dan hilang keyakinan diri.


  • Senyum.

    Pada kebiasaannya, kalau orang yg tengah marah ni.. mesti diaorang akan buat memek muka yang menjelikkan betul tak ? Kalau muka tu cantik xpe la jugak kan ? Tak pasal2 orang kat sekeliling korang akan terasa yg korang tengah marah kat diaorang. Apa salahnya kalau korang senyum. Ce senyum.. Haa, kat comel tu. Lagipon, faktor faktor sekeliling akan mempengaruhi seseorang. Jadi, cuba untuk senyum, okay ?

  • Bertenang.

    Sikap yg paling baik apabila menghadapi stress ialah dengan tenangkan diri korang terlebih dahulu. Jangan terburu2 buat apa2 tindakan sebab time tu, setiap keputusan korang di pengaruhi oleh emosi. Masa emosi korang yg tak stabil tu, setiap tindakan yg korang buat akan menimbulkan masalah sebab masa tu korang tak boleh nak fikir mana satu yg baik, mana satu yg buruk. So, langkah bijak utk menangani stress ialah dengan tenangkan diri terlebih dahulu.

  • Ceriakan Diri

    Korang kena ceriakan diri korang dengan melakukan apa2 aktiviti yang boleh buat korang gembira. Ce korang fikir, apa yg korang dapat kalau korang stress2 ni kan ? Lebih baik korang happykan diri korang dengan buat aktiviti yg lebih berfaedah. Contohnya, melalak dalam bilik air, tulis something kat blog, ambil gambar sambil buat memek muka yg gedik dan apa2 je lah. Cara yg lebih baik ialah dengan berjumpa dengan kawan2. Confirm2 korang akan ketawa bila korang bersembang dgn diaorang kan ?
  • Luahkan
    Cuba luahkan apa yang korang pedamkan selama ni. Mungkin korang boleh luahkan kat dalam blog. Kepada sesiapa yg xde blog tu, korang find someone utk korang luahkan. But make sure, luahkan dekat orang yg korang percaya je, okay ? Ada pendapat menyatakan bahawa, kalau korang luahkan apa yg korang tengah rasakan time tu.. sedikit beban akan hilang bila korang dah luahkan perkara tersebut.
  • Beserah Kepada Allah SWT
    Korang perlu yakin dan percaya dengan takdir Allah. Allah tidak akan memberikan sesuatu yg buruk kepada hamba2 Nya. Andai kita redha dengan ketentuannya, insyaAllah masalah atau stress kita akan hilang. Bagi orang2 Islam, carilah Allah kalau korang ada masalah sebab Allah satu2 nya tempat yg paling baik untuk korang luahkan. Mengadu kepadaNya, berdoa kepadaNya. But ! Jangan la time ada masalah je baru cari, time senang pon kena jugak berdoa. Bersyukur la sikit..


    Hehehe....Tula Je Tips. Oh? Jangan Lupa Thanks Kat Enchik Bubu Gak. Sebab Dya Yang Tulis Post Macam Nip. Hehehehe

    >> Enchik Bubu's Blog